Saat ku kau miliki

Saat ku kau miliki
Kau lah CiNta Ku kE AkhIr hAyAt

Tuesday, September 28, 2010

DuiT Duit DuiT

duit...





apalah nasib kita kalau x der duit...nak masuk jamban pun kena bayar duit..parking pun duit...itu duit ini duit...tensionnnn kalau x der duit....

Pinjam Ah Long


Ah Long merupakan istilah popular bagi 'ceti haram'. Ia merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dsb.
Sepanjang sejarah, undang-undang yang membenarkan amalan riba menyebabkan aktiviti ceti haram sangat lazim. Ramai peminjam wang yang menyelit di antara aktiviti sah dan tidak sah. Di dunia barat sejak kebelakangan ini, ceti haram sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan kongsi gelap.
Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperoleh pinjaman di kebanyakan institusi kewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunakan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.


Ah Long (diambil daripada perkataan Cina "Naga" (Bahasa Cina: 阿龍) atau kependekan daripada frasa Kantonis "daai ji lung", 大耳窿) adalah istilah bagi ceti haram di Malaysia dan Singapura. Mereka meminjamkan wang kepada sesiapa yang tidak berupaya memperoleh pinjaman daripada bank atau institusi kewangan yang sah, disasarkan terutamanya kepada kaki judi. Mereka mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi (sebih kurang 40% sebulan/satu malam bersamaan dengan 1422%/33087% setahun melalui kaedah himpunan baki berterusan.)[perlu rujukan] dan sering kali mengugut akan menggunakan keganasan kepada peminjam yang gagal membayar pada masa yang ditetapkan. [1] [2]
Beberapa tahun lalu, sebelum pengguna telefon bimbit di Malaysia diwajibkan mendaftar nombor telefon bimbit mereka, Ah Longs mengiklankan perkhidmatan mereka dengan mengedarkan kad perniagaan mereka.

Cat merah

Apabila peminjam gagal membayar pada masa yang ditetapkan, Ah Long akan menyembur, menyimbah atau menconteng dengan cat merah pada dinding rumah atau bangunan milik peminjam bertujuan untuk mengugut mangsa serta memalukan peminjam tersebut sehinggalah si peminjam membayar hutangnya. Menurut polis serta pihak berkuasa tempatan, terdapat beberapa kes di mana peminjam dibelasah ataupun harta benda mereka dimusnahkan, malah ada mangsa yang membunuh diri. 

Kepala khinzir

Ada kalanya kepala khinzir digantung di luar rumah peminjam, sebagai salah satu cara memalukan mangsa serta untuk menanda peminjam yang melarikan diri.
Kecurian barang
Pada masa sekarang, Ah Long tidak lagi menunggu mangsa yang masih belum membayar hutang mereka tetapi mereka memecah masuk rumah mangsa dan mencuri beberapa barang sehinggalah nilainya sama dengan nilai pinjaman. Cara ini digunakan bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Sepanduk identiti mangsa

Kes-kes terkini menunjukkan Ah Long juga mempamerkan salinan kad pengenalan mangsa di atas sepanduk besar serta menggantungkannya di atas pagar. Memandangkan Ah Long hanya memerlukan salinan kad pengenalan sebagai dokumen untuk permohonan pinjaman, taktik sedemikian menjadi lazim sehinggakan peminjam akan berasa malu kerana identitinya dipaparkan di khalayak ramai dan seterusknya akan melunaskan hutang mereka dengan segera.

Kurung peminjam

Pada 27 Mei 2009, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menyatakan polis berjaya membebaskan 3 lelaki yang dikurung dalam rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya, Selangor[3].Dua Ah Long berusia 30 dan 33 tahun merantai mereka di di leher, tangan dan kaki seperti haiwan dalam sebuah bilik sempit bersaiz 7 kaki x 5 kaki yang menyerupai lokap tanahan. Ah Long tersebut berjaya ditahan di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong.

Monday, September 27, 2010

adakah Impian d hari jadi ku meNjadi kenyataan..

MmMmMmmmmm...sejak dua menjak ni aku sering berang la kononnya My hUbbY aku yang HemseM tu boLeh Hadiahkan CameRa Baru kat aKu...waLaupun Aku x terlalu berharap sanGat Tapi, mana lah tau Impian akan menjadi kenYataan...ahaks...harap2 Laki aku tu Boleh mendengar rintihan hati aku ni...

Bukan nya mahal sangat pun ahaks...tapi menggigil gak lah kepala lutut aku kalau beli sendiri...



              

mungkinkah ini???




MoGa Berjaya LiZa

Saturday, September 25, 2010

RumAh tErbuka @ OpeN HouSE SaYa

25 sep 2010 bersamaan hari sabtu, aku telah mengadaka oPen house buat kawan2 tercinta...huuuaaiiii ayat tak boleh tahan...Majlis aku semalam biasa2 saja...start dari 1230 to 2200 jugak.. penat nya tuhan yang tau..apapun thanks alot kat hubbY tercinta....kepada kawan-kawan tercinta yang hadir i love u laHHH...tahun depan datang lagi ok...raya saja...huhuhu...aku nak letak pic...tapi camera aku x der la...maklum lah hilang kan...(sedih..)

 



Thursday, September 23, 2010

CukUr JambuL

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.
Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
 
Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.
 
Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
 
Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.
 
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
 
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. 
Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
 
Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.
Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.
 
Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu



Majlis Cukur Jambul
 
Baby Noor Ariq
Baby Nur Syaurah
Baby Zohar Zulfarizul

Date : 8 May 2010
Venue : Dewan MPS, Seremban, N.S.D.K.


BY KERONGSANG EMAS
Pelamin
Arch & Walkway
Dsgn & Beadings

FOTOGRAFER
http;//azaharisallehphotography.blogspot.com
 
 
 
pELamIn!!!
PeNgAntIn KecEk
Mr ArIq
MisS OyAh
Mr ZoHaR(TUAN BESAR)
KuMpUlAn mErHaBaN

My FaMiLy & PaTriCk
Our BiG FaMiLy
 sApA YaNg KeNa??
My FaMiLy ToO
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, September 22, 2010

LyZa is My NaMe: Muhammad Dhiyaulhaq, 22 sep 2010, 1.25am, 3.7kg

LyZa is My NaMe: Muhammad Dhiyaulhaq, 22 sep 2010, 1.25am, 3.7kg: "Di sebalik kecomelan gambar ni!!! aku memang geram betul...mana tak nya, aku n my hubby adalah orang yang paling awal sampai at hospital. ..."

Muhammad Dhiyaulhaq, 22 sep 2010, 1.25am, 3.7kg


Di sebalik kecomelan gambar ni!!! aku memang geram betul...mana tak nya, aku n my hubby  adalah orang yang paling awal sampai at hospital. alangkah malang nya nasib kitaorg , tak dapat pulak nak pelok cium si baby ni...yelah kan masih fresh lagi...dia tengah d belek oleh doc lagi...melepas la kitaorg...apapun nanti leh tengok lagi dekat rumah mamy dia...

Tuesday, September 21, 2010

MenuNgGU keTiBaaN oRang Baru (anak buah da....)

tepat pukul 8 pagi hari ni(berapa ari bulan erk, x ingat) kakak ipar aku dah di masukkan dalam LABOUR ROOM colombia spital. sebenarnya ni anak yang ke-4...dari 2 putera dan seorang puteri cute...walaupun dah ada pengalaman 3 kali beranak tapi TETAPPPP sukar juga...baby kali ni lewat SUDAHHH beberapa hari...oleh nasihat DOC my kakak ipar terpaksa di induce (wah sakitnya) untuk mengelakkan apa2 kejadian buruk pada baby... apa pun aku doakan keselamatan mereka berdua...i love u KUKAK..all the best...

sembelit....

 
Sembalit

Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.


Gejala-gejala * Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
v Meneran semasa membuang air besar
v Sakit semasa pergerakan usus
v Kekejangan di bahagian abdomen

Penyebab-penyebab
1. Sembelit Mudah
    A. Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh
        - Tabiat buruk
        - Sakit pada bahagian dubur
        - Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
    B. Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh
        - pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
        - perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin
        - contohnya, penggunaan ubat tertentu seperti zat besi, kodein
2. Sembelit organik
    Ini mungkin disebabkan oleh

        - Keadaan penyakit seperti kencing manis, ulser peptik dengan halangan, keadaan
          kemurungan.

        - Penyakit kolon, rektal atau pelvis.
        - Tekanan ke atas rektum, contohnya semasa mengandung atau disebabkan oleh tumor
          di bahagian pelvis.

Runding dengan doktor anda apabila:
        v Sembelit muncul sebagai gejala baru selepas umur 40 tahun.
        v Sembelit menjadi lebih sakit, teruk dan lebih kerap.
        v Terdapat darah di dalam najis - Najis berwarna gelap dan kelihatan seperti tar.
        v Terdapat perubahan di dalam pergerakan usus. Sembelit berselang-seli dengan cirit-
            birit.

        v Sembelit tidak beransur pulih dengan suai-perubatan.
Penanganan
Doktor haruslah dirunding untuk mengenalpasti penyebab sembelit yang kronik
    v Sembelit transit perlahan - (disebabkan oleh pengambilan diet beresidu rendah), boleh
        dirawat dengan mengubah kepada diet yang tinggi dalam serat, dengan melebihkan
        pengambilan cecair dan senaman yang kerap. Makanan yang tinggi dalam serat ialah
        bran, buah-buahan kering, kekacang dan pasta. Sayur-sayuran dan buah-buahan
        mengandungi selulos tak-terserap dan pektin yang juga berguna di dalam perawatan
        sembelit.

    v Sediaan famakologi iaitu agen penghasil-pukal seperti metil selulos dan sekam
        isphagula yang berguna bila diet sendirian tidak dapat melegakan gejala sembelit.

    v Laksatif osmotik, contohnya magnesium sulfat atau magnesium hiroksida adalah juga
        berguna.

    v Laksatif perangsang - meningkatkan pergerakan usus, contohnya, senna
    v Pelembut najis, contohnya cecair parafin, merupakan langah jangka pendek untuk
        membantu melembutkan najis dalam penyakit dubur.

    v Agen prokinetik, contonya cisapride, yang memendekkan waktu peredaran usus.
Corak Hidup Baru
Pemakanan
    - lebihkan serat dalam pemakanan harian anda.

    - Minum 6-8 gelas cecair dalam sehari, contohnya jus, air, teh, kopi
Senam
    - mula program penyenaman yang baru atau sambung semula sukan yang anda telah
      minati dahulu.

Tabiat
    - Buang air besar selalu dan jangan tak perendahkan dorongan untuk membuang air besar

    - Kawal tekanan dan belajar untuk beristirehat.
    - Jangan memberi tekanan yang terlalu banyak pada latihan tandas kanak-kanak.
    - Jangan suai-ubat dengan terlalu banyak antasid.
Sembelit tidak harus ditakperendahkan dan harus dirawat pada peringkat awal apabila penyebab masalahnya diketahui selepas dibincang dengan doktor anda.
 

i love mY hUbbY